Advertise

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 25, 2011

lame betul aku tak berblogg...

huh..lame betul aku tak berblog....aku just blogwalking tempat org je...nanti bile mood sampai aku wat entry ye kawan-kawan...

assalamualaikum...

Saturday, January 15, 2011

SUNYI..........

I'M SO LONELY...

Thursday, January 13, 2011

betul ke pokok ni semai pakai daun?


بسم الله الرحمن الرحيم

korang tau tak? sejak akhir2 ni, aku minat betui nak tanam2 pokok nie...tapi apekan daya, aku dok flat, so nak tanam pokok apenye kalo x de tanah...nak tanam pokok pun dalam pasu je la..tanah bakar pun ade yg aku beli n aku bawak dari umah...pokok2 yg aku tanam buat mase skang nie..pokok kesum, pokok cekur, pokok orkid, tapi tu la...mcm idup segan mati tak tau pokok kesum aku tuh..

so kali ni aku cite skit pokok ape yg baru aku tanam...org cine panggil pokok nie "pokok ong"... pokok bawa rezeki...tapi kite sbg org Islam...x perlu dan tak baik percaya bende2 ni semua..khurafat...mcm aku...aku tanam pokok ni...sebagai pokok hiasan...Pokok ni dalam bahase saintifiknye Zamioculcas Zamiifolia...die ni berasal dari Africa...korang kene berjaga2 jugak la...sbb pokok nie beracun...so bile korang dah pegang2, usik2 pokok nie..cepat2 la cuci tangan korang..untuk keselamatan...
so camni la rupenye "pokok ong"...kan betul aku kate.!..cantik dijadikan pokok hiasan either dalam rumah or kat luar umah...tapi korang jgn jemur tgh panas lak...nanti daun die jadik kekuningan dan tak cantik...daun die ni gak berkilat tau... 


 
sumber: google


aaaaa.....lagi satu aku nak bgtau korang...pokok nie...die istimewa skit...nenek aku kate die bley semai pakai daun...so mase kat kg nenek aku amik beberape helai tuk bwk balik tanam kat umah nanti...





camni la ghupe daun yg aku tanam tu...daun die aku tanam part yg ujung2 skit....patutnye nenek ckp 1 pasu kecik boleh cukup 1 helai daun...tapi aku takde pasu byk...aku hentam tanam skali 4...tah tumbuh ke idak...kite tunggu je laa...bile dah membiak skit ke...nanti aku wat entry lain k...




pokok ni bile die tumbuh merimbun jadik cantik la pulak

pasni...aku nak tanam pokok lain..buat hiasan dalam umah....biar oksigen byk skit dalam umah aku nie...hehehhe....
ok chow chin chau....huhuuhe

Wednesday, January 12, 2011

rahsia di sebalik jumlah kuntuman ros..........

بسم الله الرحمن الرحيم

korang tau kan...org pempuan mostly sukakan bunga rose....
rose slalu di bagi pada hari2 keraian, contohnye anniversary, birthday, valentine, n mcm2 la...org pempuan kalo dpt bunge nie..for sure dorang suke2 sgt...
kat sini aku bagi rahsia di sebalik jumlah kuntuman bunge ros..
nah....!!!

santek kaler bunge nie..!

1 kuntum bunga ros:
Cinta hanya diterima untuk kamu.

2 kuntum bunga ros:
Kedua-dua kita benar-benar cinta mendalam

3 kuntum bunga ros:
Saya cinta kamu

6 kuntum bunga ros:
Saya mahu jadi milikmu

9 kuntum bunga ros:
Cinta sesama kita berpanjangan.

11 kuntum bunga ros:
Hanya kamu seorang yang kucintai dalam hidupku.

12 kuntum bunga ros:
Kepuasan dan keserasian bersama.

13 kuntum bunga ros:
Peminat rahsia

24 kuntum bunga ros:
24 jam ingat dan cinta padamu

33 kuntum bunga ros:
Aku cinta kamu dengan cinta yang mendalam.

36 kuntum bunga ros:
Rasa cinta hadir kerana kamu datang pada ku.

44 kuntum bunga ros:
Berkekalan dan takkan berubah.

50 kuntum bunga ros:
Cinta tanpa penyesalan

56 kuntum bunga ros:

Cintaku

66 kuntum bunga ros:
Hubungan cinta yang berjaya.

99 kuntum bunga ros:
Cinta dan kefahaman jadikan cinta berpanjangan.

100 kuntum bunga ros:
keharmonian sepanjang abad, kekal sehingga akhir hayat.

101 kuntum bunga ros:
Tiada cinta lain melainkan kamu.

108 kuntum bunga ros:
Kahwiniku!

111 kuntum bunga ros:
Cinta sejati.

123 kuntum bunga ros:
Kebebasan cinta

144 kuntum bunga ros:
Cinta kamu setiap hari dan malam berpanjangan

365 kuntum bunga ros:
Ingat dan sayangkan kau setiap hari

999 kuntum bunga ros:
Cinta berkekalan dan sejati.

1001 kuntum bunga ros:
Cinta sejati selama-lamanya




p/s : saye penah dapat sejambak bunge dari en. Hubby mase tunang dulu...
tapi nak dapat lagi dah susah...huhuhu... nak lagi bole x by...?

 

Monday, January 10, 2011

perhatian kepada semua LELAKI....!



dah berapa ari dah aku x wat entry...almaklumlah...aku kan balik kg...so..tak dan nak online...so aku nak meluangkan mase lunch hour kat opis nie..aku buat entry je la senang...bacelah yerk..........

RAHSIA DI SEBALIK KAT-KATA WANITA..........!

1. Kalau perempuan tanya:
Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi:
Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya:
You dah makan ke belum?

Makna tersembunyi:
Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata:
Lawa-lawa la baju kat sini, yek.

Makna tersembunyi:
Belikanlah untuk I.
4. Kalau perempuan kata:
Rasa macam nak pening la.

Makna tersembunyi:
Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata:
Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…

Makna tersembunyi:
Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.



6. Kalau perempuan kata:
Kita lebih sesuai berkawan saja.

Makna tersembunyi:
I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata:
I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla…

Makna tersembunyi:
Hish… I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya:
You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?

Makna tersembunyi:
Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata:
I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.

Makna tersembunyi:
Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10. Kalau perempuan kata:
I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg ‘dia’ dapat i pun dapat..

Makna tersembunyi:
Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Friday, January 7, 2011

korang nak SETEM sendiri tak.??

hai....

kali ni aku nak citer pasal setem lagi...almaklumlah kan...aku kan peminat setem...tadi aku tgh2 mengoogle 1 laman web...pastu aku tenampak n baru dapat tau..yg kite boleh buat setem sendiri...maksud nye setem yg boleh ade gambar kite sendiri....wah...wah...mcm best je nie...so korang boleh la menggabadikan gambo korang, gambo besday ke, kawin ke, konvo ker...jgn gambo "sensored" sudah la...kalo gambo camtu, otomatikla ko nye permohonan nak wat setem ditolak serta merta...iNgat !!

haa...kat sini meh aku tunjukkan sample setem yg boleh korang buat....korang nampak tak?



haaa......ni dia...cantik tak? menarik tak ? so kalo ko nak cara-cara nak menempahnye leh pi ke laman web die SETEMKU...korang bley order kai online atau pi pejabat pos yg terpilih...ape-ape pun korang survey la laman web die ...senang citer..kan..kan...

ok la...petang ni aku nak lik kampung...kene drive sorang-sorang laaaaa....tapi takpe en. Suami follow dari belakang...yeahhh

p/s : nanti aku nak buat SETEM sendiri laa...gambo "blog" aku ker...bior top kit blog aku...berangan sey aku..nak wat entry pun malas...nak top konon..!! heheheh...good idea tak?

Thursday, January 6, 2011

REALITI KEHIDUPAN..............

entry aku kali ni pendek je...

bila takde boypren = org asik tanye dah ade boypren ke...

bila ade boypren = org dok tanye bile nak kawin ni...

bila dah kawin = org asik le tanye ..BILE NAK ADE ANAK...
                          agak sentap jugak la bagi aku if org tanye MANA ANAK KO?  

ni la realiti kehidupan yg takkan ade kesudahannya....dan yg telah aku alaminye dan mengalami nye skarang...uwaaaaaaaaaaa........


takut jugak......

DUDUK LAMA DEPAN KOMPUTER BOLEH BAWA MAUT

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan. 

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki. 

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku. 

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom
• Cepat penat
• Mengah
• Sakit dada
• Denyutan nadi laju
• Lemah di bahagian kaki
• Kurang selera makan
• Batuk
• Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam 

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.
Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

SUMBER :aku terjumpe artikel ni kat atas meja kawan aku...

p/s : kerja aku memerlukan aku duduk je....bahaya nye....kene jalan-jalan nie...



Monday, January 3, 2011

senyum...

hai...ari ni aku nak bagi info pasal SENYUM....semua org tau SENYUM tu apekan...mcm2 jenis senyum ade diantaranye ialah :-

i) senyum sinis - haaa ni senyum boleh buat org sakit ati...
ii) senyum menggoda - orang pempuan pakar dlm bab2 senyum menggoda...senyum ni boleh wat org cair..
iii) senyum tulus - senyum yg lahir dari hati dgn tulus ikhlas...

korang tau tak...senyum tu banyak kebaikkannye, banyak manafaatnye..so baik korang senyum selalu..tapi senyum biar la bersebab...takkan la korang nga buat2 keje, korang tetibe senyum..pastu org nampak..tak ke jadi tanggapan lain pulak... senyum tak perlu modal.......so kenapa perlu senyum....?

1.Dapat hilangkan stress.
bile kite rase penat, sedih. Kalau kita senyum, kite dapat kurangkan stress...

2. Meningkatkan sistem imun.
Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selsema. Betul ke? ni aku nga batuk nie...nanti aku senyum sokmo selalu.


3. Menurunkan tekanan darah.
Tekanan darah lebih rendah bile kite senyum. Tekanan darah kite berbeza sewaktu kita senyum dan tidak senyum. 

4. Awet muda.
ini aku rase semua org tau..senyum banyak2 kalo nak nampak muda..


5. Senyum adalah ubat.
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.

6. Mengubah perasaan.
Jika korang terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. 


7. Riang.
Suasana jadi riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum




so korang2 semua, senyum la selalu..kalo bertembung ngan org..buat2 la senyum...senyum kan tanda mesra...jangan lah wat muke ketat pulak...nanti orang menyampah!!

p/s : kalo aku suke tgk baby n budak2 senyum...nyaman je rase!! heheheh

don't give up..........

 

Blog Template by YummyLolly.com